Monday, January 23, 2012

Bunyi Aneh di Samarahan,Sarawak



Kita telah digemparkan dengan laporan mengenai bunyi aneh yang telah berlaku di samarahan,Sarawak.Pelbagai spekulasi  telah timbul berikutan kejadian yang sangat aneh ini.Ada yang menganggap bahawa ini adalah satu petanda akhir zaman yang dikaitkan dengan dajal.Tidak kurang juga yang menganggap bahawa ini adalah kesan daripada projek rahsia Amerika Syarikat.Seperti biasa saya tidak akan mengulas lanjut berkaitan bunyi aneh tersebut ,apa yang saya ingin sampaikan dalam entri kali ini ialah sebenarnya kejadian aneh ini telah berlaku sejak zaman dahulu lagi.Ini menurut cerita bapa saya(Kesahihan tidak dapat dipastikan).


Setelah menonton berita yang mengatakan kajian akan dijalankan untuk mengkaji punca bunyi aneh yang berlaku di Samarahan saya terus mengatakan kepada bapa saya “apa la kerajaan Malaysia ni itu pun tidak tau kenapa ,tu sebab projek rahsia Amerika la tu”.Kemudia bapa saya mengatakan bahawa kejadian itu sebenarnya pernah berlaku sebelum ini kerana datuk saya pernah menceritakan kepada bapa saya.Ibu saya pula mengatakan bahawa kejadian itu dipanggil dalam bahasa dusun sebagai “magambawon”.Kejadian ini sangat jarang berlaku dan puncanya juga tidak diketahui .Biasanya keadaan cuaca ketika kejadian ini berlaku pada zaman dahulu adalah mendung dan awan sedikit gelap,awan juga bergerak laju .

Apa yang membuat saya tertarik ialah jika benar kejadian ini telah berlaku sejak dahulu adakah kajian yang dilakukan oleh Amerika Syarikat juga telah berlangsung sejak dari dahulu lagi.Ini mengingatkan saya kepada pesawat UFO(Unknown Flying Object) yang kononnya adalah pesawat makhluk asing.Melalui pembacaan saya di internet Negara barat terutamanya Amerika Syarikat  telah memanipulasikannya untuk melindungi pesawat pengintip yang direka seakan-akan       UFO. Jadi adakah kejadian bunyi aneh yang berlaku di samarahan dan beberapa Negara lain sebelum ini adalah kesan kajian yang dijalankan di Amerika syarikat ataupun satu petanda akhir zaman. Renung-renungkan kan la.



Berita asal: http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/

No comments:

Post a Comment