Friday, July 8, 2011

Kenapa cincin perkahwinan disarungkan pada jari manis?


selama ni memang ada terpikir kenapa cincin perkahwinan disarungkan pada jari manis.Kenapa dan mengapa ya?Apa yang saya perolehi sewaktu menghabiskan masa bersama teman saya yang bernama GOOGLE mungkin mampu menjawab persoalan ini.Sama ada betul atau tidak belum dapat dipastikan kesahihan info ini.


Untuk memahami apa yang bakal dinyatakan ikuti langkah di bawah:

1.Gabungkan kedua telapak tangan , kemudian kedua Jari Tengah ditekuk ke dalam sehingga bertemu antara kanan dan kiri.
2.Kemudian 4 jari yang selebihnya dipertemukan hujungnya.
3.buka ibu jari kemudian rapatkan semula.
4.Rapatkan semula ibu jari dan seterusnya buka jari telunjuk.
5.Rapatkan semula jari telunjuk dan buka jari kelingking.
6.Rapatkan semula jari kelingking dan cuba buka jari manis.

pasti hanya jari manis yang tidak boleh dipisahkan bukan?kenapa?:

1. Ibu Jari mewakili orang tua, Ibu Jari boleh dibuka kerana semua manusia pasti akan jatuh sakit dan meninggal dunia. Demikian juga dengan orang tua kita, mereka pasti akan meninggalkan kita suatu hari nanti. 

2.Jari Telunjuk mewakili adik beradik kita, mereka akan memiliki keluarga sendiri dan akhirnya kita juga akan berpisah dengan mereka.

3.Jari kelingking pula mewakili anak-anak yang pasti akan turut berpisah dengan kita untuk melanjutkan pelajaran,berkerja,berumahtangga dan lain-lain.
 
4.Jari manis yang akan disarungkan dengan cincin perkahwinan tidak dapat dipisahkan setelah kita mengikuti langkah mudah di atas.Inilah sebabnya mengapa cincin perkahwinan disarungkan pada jari manis.

Jari manis mewakili suami isteri oleh itu cincin perkahwinan disarungkan pada jari manis dengan harapan kedua-dua pasangan akan bersama sepanjang hayat.Dalam erti kata lain jari manis adalah simbol cinta sejati.Walaupun kita menumpukan sepenuh tenaga untuk memisah jari kelingking tapi tetap kukuh walaupun terdapat sedikit pergerakan.Pergerakan itu bagi saya adalah cabaran yang merupakan asam garam dalah kenidupan berumahtangga.Tapi kenapa ya jari hantu tu dibengkokkan ke dalam?.....

Sekadar berkongsi....

Artikel ini telah ditulis semula berdasarkan artikel dari:http://r0lanpippo.blogspot.com/2011/06/alasan-cincin-pernikahan-dipasang-di.html



 

No comments:

Post a Comment