Wednesday, February 1, 2012

Mengurangkan Sakit Kerongkong Dengan HACKS


Sakit Kerongkong  memang menyakitkan.Bila sakit ni datang menyerang bukan saja tidak dapat makan ini itu tapi telan air liur pun menyeksakan.Biasanya bila sakit kerongkong menyerang geng-geng dia yang lain pun akan turut serta .Mula-mula sakit kerongkong  kemudian demam disertai selesma dan akhir sekali berkahak .Tapi mungkin tidak semua orang akan mengalami semua peringkat tu.Mungkin la.Matlamat utama post kali ini adalah untuk berkongsi  bagaimana untuk mengurangkan sakit kerongkong?


Jawapan malas untuk persoalan ni senang ja.Jaga la kesihatan ,elakan minum air sejuk selepas berpanas terik di bawah matahari.Itu yang doktor selalu cakap .Tapi kalau memang  sudah tiba masanya sakit ni  datang  menyerang apa boleh selain jumpa doktor untuk minta ubat tahan sakit,kurang bengkak dan yang sewaktu dengannya ataupun bagi yang kebal tahap dewa boleh la menikmati kesakitannya.Sebenarnya kalau sakit kerongkong ni dikesan awal-awal kita tidak perlu pun buang duit jumpa doktor atau beli ubat.Laburkan seringgit untuk beli sepaket gula-gula HACKS.

Pernah kenal atau makan gula-gula HACKS?.Yang warna merah pedas-pedas tu.Ala kalau orang sekarang rasanya jarang makan gula-gula murah tu kan.Memang mula-mula dulu tidak percaya gula-gula ni boleh kurangkan dan sembuhkan sakit kerongkong tapi bila sudah cuba sendiri baru percaya.Bagi yang ingin mencuba beli la gula-gula ni sebelum sakit kerongkong.Jadi bila tekak tu mula rasa gatal-gatal atau sakit terus makan sebiji gula-gula ni.Tiada jaminan sakit kerongkong tu akan hilang sebab benda ni mcm ubat juga.Lain orang lain tindak balas.Tapi tidak ada salahnya mencuba.Sebenarnya petua ni diberi oleh seorang doktor  yang mungkin jemu pesakit seorang ni jumpa dia berkali-kali kerana sakit kerongkong.Doktor tu cakap dia amalkan makan gula-gula ni sebelum tidur tapi tidak semestinya ikut doktor tu terpulang dengan diri sendiri.

Setakat ni  kawan-kawan yang sudah mencuba berpuas hati jadi jangan segan-segan untuk mencuba.Ops lupa pula ,gula-gula ni ada banyak perisa tapi untuk sakit kerongkong hanya perisa original sahaja yang berkesan.Yang berwarna meraah seperti gambar di atas.SELAMAT MENCUBA..

No comments:

Post a Comment