Kutil merupakan ketumbuhan kecil yang terjadi pada kulit disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai human papillomavirus (HPV). Kutil biasanya tidak merbahaya tetapi biasanya akan menyebabkan sedikit rasa sakit sekiranya kutil telah membesar lebih-lebih lagi jika ditekan.Ada beberapa jenis kecil tetapi tidak dapat saya nyatakan .Kutil tumbuh pada kawasan yang panas dan lembap terutamanya pada celah-celah jari kaki,celah jari tangan ,siku dan banyak lagi.
Ada yang menyatakan bahawa kutil akan hilang sendiri setelah tumbuh pada kulit selama 6 bulan hingga 2 tahun.Sejauh kebenarannya tidak dikethaui.Bagi mereka yang berasa rimas dengan kehadiran kutil pada kulit ,mereka pasti akan cuba pelbagai cara untuk menghilangkan kutil tersebut.Ada juga yang sanggup memotong bahagian kutil tersebut meskipun sakit yang pastinya tidak berkesan sekiranya keseluruhan kutil yang tumbuh tidak dikeluarkan.Bagi anak penoreh getah bolehlah mencuba menyapu cuka getah pada bahagian kutil tersebut kerana seorang rakan saya pernah mencuba cara ini dan ianya berkesan.Tapi hanya gunakan cuka getah yang belum dicampur air sahaja.Ingat hanya sapu sedikit pada bahagian kutil sahaja.
Tapi kini sebenarnya kita tidak perlu lagi memotong kutil tersebut sehingga menyakitkan diri sendiri semata-mata untuk menghilangkannya.Pergi sahaja ke mana-mana klinik atau farmasi untuk mendapatkan ubat bagi membuang kutil tersebut.Ubat yang saya gunakan untuk menghilangkan kutil yang ada pada celah kaki saya ialah “duofilm”.Ubat ini sangat berkesan kerana dalam tempoh 3 hari sahaja kutil yang disapu dengan cairan ini sudah mula tertanggal.berikut merupakan gambar duofilm yang saya gunakan.
Jadi bagi teman-teman yang mempunyai masalah yang sama bolehlah mencuba “duofilm”
Info yg sangat berguna. tenkiu;)
ReplyDeletemmg rasa rimas sangat.. buang pun tak menjadi.. kerat sampai berdarah pun tak akan bkesan.. thanks shared.. sy akn cuba yg ni pulak..
ReplyDelete