Bagi sesetengah pengguna Facebook, "makluman"(notification) yang dihantar ke email yang digunakan untuk mewujudkan akaun facebook sesuatu yang merimaskan.Ini kerana makluman(notification) tersebut akan memenuhkan ruangan peti masuk(Inbox) email yang turut digunakan untuk urusan lain.Pengguna sebenarnya tidak perlu bersusah payah untuk membuang makluman(notification) tersebut kerana pengguna boleh memilih samada mahu notification dihantar ke email atau tidak.Berikut merupakan beberapa langkah mudah untuk menghalang makluman(notification) dari facebook dihantar ke email yang digunakan.
1.Setelah anda login di facebook anda klik pada bahagian "akaun"(Account) kemudian klik "tetapan akaun"(Account setting).
2.Seterusnya klik pada bahagian "makluman"(notification).Pada bahagian ini anda boleh memilih samada mahu makluman(notification) tersebut dihantar ke email yang digunakan atau tidak.Anda hanya perlu membuang tanda pada bahagian dimana anda tidak mahu makluman( notification) tersebut dihantar.
3.Sekiranya anda tidak mahu sebarang notification dihantar ke email maka anda perlu menghilangkan kesemua tanda pada bahagian ini.
Caranya amat mudah ,semoga bermanfaat untuk anda.
No comments:
Post a Comment