Sunday, June 19, 2011

Cara Melayari Laman Web Yang Telah Disekat

Sekarang ni ramai yang tengah cari cara untuk buka website yang telah disekat oleh kerajaan.Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk melayari laman web yang telah disekat.


Di sini saya akan berkongsi tentang satu perisian yang mudah digunakan.Anda tidak perlu install perisian ini di pc anda.Apa yang anda perlu lakukan ialah muat turun perisian ini dan kemudian gunakannya.Perisian yang saya maksudkan ialah ultrasurf dan anda boleh muat turun perisian ini di sini .


Setelah memuat turun perisian ini apa yang anda perlu lakukan ialah:

1.Extract file u1014.exe ke desktop untuk memudahkan anda menggunakannya.
2.Double click pada icon u1014.exe yang telah di extract ke desktop.
3.Setelah ultrasurf dibuka ,internet explorer akan terbuka secara automatik.Walau bagaimanapun anda boleh memilih untuk tidak membuka internet  explorer apabila ultrasurf berjalan.Ubah tetapan pada OPTION dan buang tanda pada START IE AUTOMATICALLY.

Mudah bukan menggunakan ultrasurf.Jangan lupa untuk membuka ultrasurf setiap kali ingin melayari laman yang disekat.Ultrasurf juga boleh digunakan secara terus dari thumb drive.Bagi yang menggunakan firefox setelah anda double klik pada ultrasurf sebelum melayari internet,mozilla firefiox juga akan terus menggunakan ultrasurf secara automatik(berdasarkan pengalaman menggunakan mozilla tanpa mengubah apa2 setting).

Semoga bermanfaat buat teman-teman.



No comments:

Post a Comment